Tuesday, August 7, 2012

Nama satu perasaan iaitu Cinta

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Nina ingin berborak tentang cinta pulak la kali ini...hehehe...Bagi anda semua,apa itu cinta?


Cinta ada pelbagai ungkapan sehingga tak terkata kita semua.Orang kata cinta itu luas maksudnya.Siapa yang terpernah merasakan cinta kerana setiap manusia yang hidup mesti pernah merasakannya.Cinta muncul dari pelbagai bentuk sama ada yang perit atau bahagia.Sesetangah merasakan cinta sungguh memeritkan,ada juga merasakan cinta sungguh indah.
Perasaan cinta tak boleh dirahsiakan bahkan tak boleh ditahan kerana menahan dan merahsiakan sungguh perit rasanya,percayalah.Kerana merahsiakan cinta dan menahan cinta bukan cinta namanya tetapi suka.
Cinta dan suka adalah fakta yang berbeza.Jangan dicampur-adukkan kedua-dua kerana ditakuti kan ada pihak dilukai.
Cinta juga mempunyai perbezaan.Ada cinta palsu dan cinta sebenar.Cinta berdasarkan simpati dan sunyi adalah cinta palsu.Jikalau seseorang yang mengungkapkan cinta itu hanya mendampingi kita atas perasaan sunyi dan simpati,jangan disimpan di dalam hati kerana ia tak tahan lama.Tetapi jikalau seseorang yang mengungkapkan cinta atas perasaan sayang simpanlah dia di hati sebaik yang mungkin.
Cinta jangan dibuat permainan kerana bahana cinta sungguh perit.Cinta sangat penting bagi seseorang untuk hidup.Kerana cintalah juga kita bahagia dan hingga ke jinjang pelamin.Jangan perlakikan cinta dengan kejam kerana cintalah juga memberi kita pengajaran dalam hidup.Zaman sekarang ramai yang kecewa kerana cinta yang dipermainkan.Ingatlah,cinta sungguh berharga kerana ia adalah cahaya dalam hidup setiap manusia.
Cinta juga mengajar kita erti kehidupan,erti kesabaran adan erti ketabahan.Menerima seseorang seadanya ke hati kita erti kesabaran.Sekiranya dia bukan untuk kita,jangan kita menahan dia dari pergi,sesungguhnya melepaskannya pergi adalah erti ketabahan.Mungkin pada akan datang kita akan jumpa seseorang yang lebih baik.Lumrah hidup untuk merasakan kekecewaan cinta,lumrah hidup juga untuk merasakan kebahagiaan cinta.
Bagi saya,saya gembira seadanya mempunyai dia dalam hidup saya kerana dia penyeri saya walaupun kami jarang jumpa tapi kami tahu jarak bukan penghalang,yang penting adalah kekuatan cinta sesama kami


Ok,bye semua...assalamualaikum dan salam sejahtera!



Terima kasih sudi membace entry saye! Jangan lupa untuk komen dan like ^^

No comments:

Post a Comment

Salam para pembaca dihormati sekalian! komen la...Nina hargai sangat-sangat jasa korang =)

Hak Milik Cipta Oleh NinaMissKechik Selamanya