Friday, August 3, 2012

Story-mory di bulan ramadhan!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua para pembaca!
Sedar tak sedar ramadhan sudah mengetuk pintu untuk kita semua berpuasa.Sekarang sudah hampir seminggu kita berpuasa,kepada yang tak berpuasa tu,gantilah nanti jangan tak ganti pulak,rugi nak merasa nikmat bulan puasa ini.Sebenarnya nina tak ada apa-apa pun nak diceritakan,cume nak berkongsi rase nikmat pada bulan mulia ini.Tahun ini orang kata bulan puasa dan raya pada 2012 sepatutnya sungguh meriah untuk kita semua akan tetapi bagi nina taklah begitu meriah.Ini disebabkan(Amboi! Nina berbahasa baik hari ini ><),keluarga nina pada tahun ini tak begitu baik keadaannya.Ibu nina baru sahaja baik dari pembedahan barah payudara 2 bulan yang lepas dan akan menjalani perubatan kemoterapi pada bulan depan selepas raya manakala abang nina telah terlibat dalam kemalangan pada bulan lepas.Dia mengalami patah tangan kiri dan kaki kiri,sekarang tangan kirinya sudah ok dan dia bolehlah berjalan sedikit demi sedikit.Baju raya tahun ini agak rumit sebab tukang jahit kegemaran nina dan ibu sudah pindah ke pahang nun jauh di sana.Jadi alamatnya terpaksa berbelanja lebih dengan membeli baju raya yang sudah siap.Mahal tak mahal,terpaksa beli.

                    Ini Ibu kesayangan nina tetapi ramai yang salah anggap yang ibu nina ini kakak nina..hehe
            Ini Abang kesayangan nina dan begitu juga dengan dia,ramai ingat yang dia adalah bf nina..haha
Hah! Inilah kasut raya nina tahun ini.Extreme ke?? hhaha...Nina memang suka pakai tumit tinggi dan nina takkan beli sebarang kasut tinggi sebab nina selalu akan beli di Red Modani di Angsana! kasut-kasut di situ sungguh selesa,cantik dan menarik perhatian.Sebenarnya,ada satu kasut yang telah menarik perhatian nina sebelum nina beli kasut ini,ia kasut flat gitu tapi sayang tak saiz nina biasalah sudah habis dijual.
Oklah,nina nak tutuplah.Nina sudah tak ada apa-apa lagi nak diceritakan.Semoga kita bertemu lagi di masa akan datang!
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Selamat Berpuasa!!
Terima kasih sudi membace entry saye! Jangan lupa untuk komen dan like ^^

No comments:

Post a Comment

Salam para pembaca dihormati sekalian! komen la...Nina hargai sangat-sangat jasa korang =)

Hak Milik Cipta Oleh NinaMissKechik Selamanya